Sunday, September 25, 2011

Sebulan beraya

Alhamdulillah, akhirnya dah nak hbs sebulan Syawal. aku pn alhamdulillah dh selesai menunaikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. sebelum ni pun kita mestilah selalu mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana memberi kita peluang untuk berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. semoga Ramadhan yang meninggalkan kita memberi kita seribu kali rahmat dan keampunan dari Allah SWT kerana tahun depan belum tentu kita akan bertemu lagi bulan Ramadhan.

Entry S.K hari ni nak citer tntang Hari Raya. Rasanya belum terlambat klu SK nak ucapkan selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada sume rakan2 yg sudi menjengah ke blog SK ni. menjadi kebiasaan di Johor apabila raya kita akan raya selama sebulan. setiap mingu pasti ade undangan rumah terbuka/open house. alhmdulillah semoga kita mendapat kesejahteraan dengan menderma dan memberi makan kepada orang. aku sangat seronok g undangan open house ni dan insyAllah klu org jemput aku akan pergi. masa tu macam2 makanan ada dah boleh kata cam pesta makanan dan pernah kawan aku cakap bulan syawal ialah pesta makanan.

SK pun alhmdulillah sempat mengadakan rumah terbuka untuk mmber2 opis dan kawan2 maktab. seronok sangat apabila dapat wat makan2 kepada kwn2. patut la org suka wat rumah terbuka kerana kita akan merasa seronok pabila dapat menjamu rakan2 dengan makanan2.

Suasana ini berbeza di negeri kelahiran aku kerana kebiasaannya di sana habis je seminggu beraya dah kira habis r sambutan hari raya. x de la pulak open house pada hari lain. kebiasaanya habis je cuti sekolah sempena hari raya habis la suasana hari raya. itulah perbezaan yang sangat ketara.

walau cammana pn sambutannya, yang penting ialah kita kena sentiasa bersyukur bahawa hari raya sebagai kemenangan kepada diri kita yang dapat melawan hawa nafsu dan ujian sepanjang sebulan berpuasa.

akhir kata Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin