Wednesday, February 23, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah






Sambuatan Maulidur Rasul diadakan adalah bertujuan untuk memperingati ulangtahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan Maulidur Rasul ini tidak ada di zaman Rasulullah dahulu jadi sesetengah pendapat mengatakan bahawa sambutan ini dianggap bida'ah. Bida'ah terbahagi kepada dua iaitu bida'ah hasanah dan bida'ah Saiiah.

bagi pendapat aku, untuk sambutan Maulidur Rasul ini sangat baik kerana memberi peluang dan pada masa ini la kita dapat mengingati perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang seorang kekasih Allah kepada umatnya sehingga baginda hendak menghembuskan nafas yang terakhir, baginda masih menyebut ummati (umatku). betapa besarnya kasih sayang kekasih Allah kepada kita sebagai umatnya.

Dikesempatan sambutan ini lah kita mengingati beliau dengan berselawat banyak-banyak ke atas baginda kerana Firman Allah yang bermaksud "Barangsiapa berselawat ke atas nabi dengan 1 selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali selawat" Subhanallah...

Kami mengambil kesempatan ini sempena sambutan Maulidur Rasul kami telah menyambutnya diperingkat sekolah. Kami buat rewang, memasak bersama-sama jadi semua ini akan mengukuhkan lagi silaturahim antara kami rakan sekerja dan warga sekolah. Sambutan Maulidur Rasul dimulai dengan perarakan mengelilingi taman perumahan sekitar sambil berselawat.

Aku rasa bersyukur kerana semua berjalan lancar walaupun penat 1 malam buat rewang dan aku tido. hahaha...

Monday, February 14, 2011

sentuhan kalbu

kita biasa dengar tentang sentuhan kalbu yang biasanya dibuat semasa program motivasi. tujuan program ni diadakan untuk memberi kesedaran kepada peserta yang menyertai sesuatu program tersebut. program ini biasanya menggunakan alunan muzik yang mengasyikkan dan menusuk hati pendengar serta kata-kata dan ayat-ayat yang berkaitan dengan apa yang hendak peserta tu rasa di dalam hati.

bagi aku lak aku suka sangat program ni sebab ada adegan nangis2. best lak wat org nangis. Hari ni aku berkesempatan untuk melaksanakan program sentuhan kalbu untuk anak2 aku. aku pn sebenarnya x sure jgk klu benda ni blh wat x utk anak2 aku. faham2 je r. anak2 aku tu di barisan belakang skli jadi tahap pemikiran diorang x de r cam budak2 di barisan hadapan tapi aku mencuba.

betul la org kata, bila bercakap tentang ibu bapa ramai org akn tersentuh. tidak kira apa juga bangsa, agama dan keturunan semua nya akan menangis bila kita bercakap tentang pergorbanan ibu bapa. sma la jgk ngan anak2 aku. antara mereka ade yang india tapi alhamdulillah, mereka faham tentang pengorbanan ibu bapa mereka. ramai yang menangis dan ade gak yang x menangis. aku x leh paksa mereka untuk menangis.

tapi sebenarnya setiap apa yang aku lakukan adalah untuk memberi kesedaran kepada anak2 aku bahawa bila mereka ingat pengorbanan ibu bapa maka mereka boleh berubah menjadi anak yang mendengar kata dan belajar bersungguh2. insyAllah....

Friday, February 11, 2011

Larian Perdana Mahkota 2011


Larian Perdana Mahkota Johor 2011 telah diadakan pada hari Sabtu, 12 Febuari 2011. Larian ini diadakan serentak di setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Johor. Peserta terdiri daripada murid-murid dan guru-guru serta ibu bapa dari seluruh negeri Johor. Tujuan larian ini salah satunya untuk memperkenalkan kepada murid tentang program 1 murid 1 sukan.

Di Kulai banyak sekolah yang buat dan pada pukul 8 lebih ramai la budak2 sekolah yg berlari tidak kira sekolah rendah atau menengah. tapi yg aku paling seronok tengok bdk2 darjah 1 berlari. cute bangat... geram aku tenok. hehe...

tapi yang plg syok lagi rumah kuning masih mengungguli markah keseluruhan terbanyak. bagus sungguh budak2 ni. keep it up....

sebagai ketua sesi petang rumah kuning, saya rasa berbangga dengan anda sume dan teruskn usaha untuk acara sukan tahunan sekolah supaya rumah kuning akan tetap jadi juara lagi untuk tahun ni.

insyAllah....
L


Wednesday, February 9, 2011

sebuah impian



Impian adalah sesuatu perkara yg kita impikan berlaku. setiap manusia ade impian dan harapan kerana dengan impian dan harapanlah manusia dapat meneruskan kehidupan dengan bersemangat seperti pengidap kanser, ubat yang dpt mengurangkan kesakitan adalah impian dan harapan mereka kepada kehidupan mereka. apa yang kita impikan itu mestilah sesuai dengan kebolehan dan kemampuan kita kerana impian ini akan menjadi cita-cita tetapi impian yang sangat tinggi dan diluar kemampuan kita ianya akan menjadi angan-angan sahaja. Aku juga mempunyai impian dalam suatu kehidupan ini. ada impian yang telah tercapai dan masih banyak lagi impian yang masih belum tercapai.

Impian aku ialah hendak memandu kereta yang dikategorikan sebagai kereta mewah kerana hobi aku ialah memandu kereta. Impian itu akan sukar dicapai kerana aku bukanlah dikalangan keluarga yang kaya jadi impian itu mungkin menjadi angan-angan sahaja. walaupun begitu aku cuba mencari jalan bagaimana untuk membuatkan impian aku tercapai. Pada tahun 2010, aku rasakan bagai mimpi kerana apa yang aku impikan akan tercapai. Aku pergi ke sebuah kedai yang menjual kereta mewah di Johor Bahru dan di sana aku dapat rasa cmne duduk dalam sebuah kereta mewah seperti Mercedes, BMW dan lain2 lagi.

Sebenarnya pada masa tu ayah aku dah order 1 kereta mercedes C200 Compressor Sport Edition. betapa bersyukurnya aku kerana akhirnya impian aku tercapai dan alhamdulillah memang seronok memandu sebuah kereta yang dikategorikan sebagai kereta mewah...



Thank you Allah... Allahuakbar....

Pertandingan Ping Pong Peringkat Daerah Kulaijaya

selama seminggu melatih budak2 main ping pong, ari ni aku dpt hntr dorg ke pertandingan tersebut.
menang atau kalah bukanlah perkara utama, yg aku nak dari budak2 aku ialah mereka dapat 1 pengalaman dan blaja untuk yakinkn diri mereka bahwa mereka pn blh lakukan.

keputusannya kami kalah. hahaha..
aku x kesah budak2 aku kalah sbb aku tau kemampuan mereka lagipun kami org bru. tungu r thn dpn or 2 thn lg, kami adalah bakal juara.
well done my boys & girls.

akhirnya....

dh lame aku nak wat blog then dis is my 1st time aku blaja wat 1 blog. hopefully dlm blog ni byk yg aku blh wat dan mengenali suatu kehidupan yang msh belum pasti bilakah kesudahannya...