Tuesday, August 20, 2013

bersawang doh laman sesawang ini

Diam x diam dh lme aku x post sesuatu kat cni. Hehe... ari ni nak citer pnglaman g ke pulau pangkor utk cabaran pangkor. Syok sgt. X yah ckp byk r. Tgk r gmbr2 prog.

Monday, September 3, 2012

Selamat Hari Raya



Salam semua.

First of all SK nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua. Alhmdulillah, hbs dh puasa sebulan di bulan Ramadhan. skrg SK sedang sedaya upaya untuk menghabiskan puasa 6 di bulan Syawal. Dugaan lagi kuat berbanding puasa di bulan Ramadhan. Caiyok2 SK. hehehe...

Cam biasa kalau raya di Johor sgt meriah sbb org ckp raya sebulan. hehehe... byk la jgk jemputan open house yg SK dpt. time ni la blh mkn pelbagai jenis makanan. seronok gak and at the same time kta leh knl rmh kwn2 kta kat mn. Ini lah dinamakan amalan kunjung mengunjung sambil kita mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain.

Semoga kedatangan Syawal ini memberi seribu satu rahmat kepada kita semua.

Amin....

Tuesday, July 24, 2012

Syafaat ku syg

Pada 25 Januari 2012 alhmdulillah lahirnye seorang insan yg sgt dinanti-nantikan oleh SK. Lahirlah  seorang putera yang sangat comel.insyAllah kalau ade kesempatan SK akan update perkembangan anak SK ni. beberapa gmbr anak SK yg sgt comel ini. tgk la sape abah dia. hehehe...



Syafaat bru sahaja dilahirkan. Usia: 1 Jam  


Syafaat datang ke Kulai Usia: 3 Bulan
Syafaat di hospital untuk pembedahan. Usia: 5 Bulan

Monday, July 23, 2012

perkhemahan yg menyeronokkan

Bru2 ni 2 mingu berturut2 aku mengikuti 2 perkhemahan. sbnrnya itu adalah my favorite so bla org ajak g camping aku tnpa segan silu menawarkan diri aku untuk mengikutinya.

Ramadhan datang lagi....

Alhmdulillah, kita msh diberi kesempatan utk bertemu Ramadhan pada thn ni. dh lame SK x update blog ni slps raya thn lps. hehehe.... mood nak update tu x smpe lg. Hari ini SK byk bercerita dgn anak2 SK tntg kelebihan Ramadhan ini. kadang kala anak2 kta x tau ape kelebihan di bulan puasa ini yg mereka tahu hanya lah puasa semata2. terlalu banyak kelebihan di bulan Ramadhan ini, antaranya ialah hadis daripada Rasulullah S.A.W:
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith) 
Banyak lagi kelebihan2 yang ada pada bulan Ramadhan ini. Antara juga di dalam Bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu; malam Al-Qadar atau Lailatul Qadar.

                                                   لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
                                          Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan 
                                                                     [Surah Al-Qadr : Ayat ke 3]

 dipetik dari iluvislam.com

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi kita ganjaran pahala yang besar dan marilah sama2 kta mengumpul pahala yg banyak pada tahun ini.di kesempatan ini SK ingin memohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan kepada kalian semua. Semoga Ramadhan kita pada thn ini diberkati oleh Allah S.W.T...

Amin.....  

Sunday, September 25, 2011

Sebulan beraya

Alhamdulillah, akhirnya dah nak hbs sebulan Syawal. aku pn alhamdulillah dh selesai menunaikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. sebelum ni pun kita mestilah selalu mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana memberi kita peluang untuk berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. semoga Ramadhan yang meninggalkan kita memberi kita seribu kali rahmat dan keampunan dari Allah SWT kerana tahun depan belum tentu kita akan bertemu lagi bulan Ramadhan.

Entry S.K hari ni nak citer tntang Hari Raya. Rasanya belum terlambat klu SK nak ucapkan selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada sume rakan2 yg sudi menjengah ke blog SK ni. menjadi kebiasaan di Johor apabila raya kita akan raya selama sebulan. setiap mingu pasti ade undangan rumah terbuka/open house. alhmdulillah semoga kita mendapat kesejahteraan dengan menderma dan memberi makan kepada orang. aku sangat seronok g undangan open house ni dan insyAllah klu org jemput aku akan pergi. masa tu macam2 makanan ada dah boleh kata cam pesta makanan dan pernah kawan aku cakap bulan syawal ialah pesta makanan.

SK pun alhmdulillah sempat mengadakan rumah terbuka untuk mmber2 opis dan kawan2 maktab. seronok sangat apabila dapat wat makan2 kepada kwn2. patut la org suka wat rumah terbuka kerana kita akan merasa seronok pabila dapat menjamu rakan2 dengan makanan2.

Suasana ini berbeza di negeri kelahiran aku kerana kebiasaannya di sana habis je seminggu beraya dah kira habis r sambutan hari raya. x de la pulak open house pada hari lain. kebiasaanya habis je cuti sekolah sempena hari raya habis la suasana hari raya. itulah perbezaan yang sangat ketara.

walau cammana pn sambutannya, yang penting ialah kita kena sentiasa bersyukur bahawa hari raya sebagai kemenangan kepada diri kita yang dapat melawan hawa nafsu dan ujian sepanjang sebulan berpuasa.

akhir kata Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Tuesday, June 14, 2011

berakhirnye hidup seorang nenek kepada cucunya


Pada 11 Jun 2011 yg lalu, nenda ku yg tersayang Hajjah Ngah Bt Mat Hassan telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8.24 pagi di Hospital Dungun. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir disamping anak-anak dan cucu-cucu beliau. Setelah selesai jenazah dimandikan dan dikapankan Allahyarhamah di bawa menaiki van jenazah ke Chendering, Kuala Terengganu. Beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chendering, Kuala Terengganu selepas zohor. Semoga roh Allayarhamah dicucuri rahmat dan dirahmati serta ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Amin...

Bagi aku, pemergian Allahayarhamah adalah satu kehilangan besar bagi aku dan keluarga kerana selama 25 tahun aku hidup, aku sangat sayangkan beliau. Jasa dan pengorbanan beliau menjaga dan memelihara aku sebagai cucunya tidak mungkin dapat aku balas. setiap kali aku sendirian, aku akan berfikir bahwa aku sudah kehilangan seorang nenek yang selama ini sangat aku sayang. Walaupun begitu, aku redha dengan ketentuan Illahi kerana Allah lebih sayangkan beliau.

Aku juga berasa bertuah kerana Allah memberi peluang untuk aku dan keluarga untuk menjaganya walaupun sekejap cuma sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Aku sempat membawa beliau ke rumahku dan menjaga beliau sehinggalah beliau tidak sedarkan diri dan akhirnya beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Siapa yang tidak merasa sedih jika kehilangan orang yang tersayang tetapi Suatu Kehidupan mesti meneruskan kehidupan ini sehingga tiba titik noktah untuk aku. Hanya Allah yang tau bilakah masa aku akan pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

semoga aku dan keluarga tabah menghadapi ujian ini dan sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Al-fatihah...