Thursday, April 21, 2011

Jangan selalu salahkan guru







Kisah ini berlaku untuk dijadikan pengajaran kepada ibu bapa dan masyarakat diluar sana. Ada satu kisah berlaku pada minggu ini. Kalau semua pendidik menghayati kisah ini pasti mereka akan tersentuh. Ceritanya bermula begini.

Hari Isnin yang lalu saya mendapat satu sms dari rakan saya menyatakan bahawa ibu bapa seorang muridnya telah membuat laporan kepada polis tentang kes kononnya anaknya dicubit oleh rakan saya ni. pada masa tu saya agak terkejut kerana pada minggu lepas rakan saya itu agak sibuk untuk menguruskan kerja-kerja beliau. kes itu agak kecoh di pejabat. apabila kejadian ini berlaku maka guru telah dipersalahkan. pada hari Isnin itu juga pihak sekolah telah membuat siasatan bagaimana kes ini boleh berlaku. Apabila disoal siasat murid tersebut dia mula mereka cerita. Murid tersebut cakap rakan saya mencubitnya pada hari Khamis tapi kebetulan pada hari Khamis tu rakan saya mengambil cuti sakit. Murid tu mula berdalih lagi, dia cakap hari Rabu. Sebenarnya pada hari Rabu rakan saya telah membawa murid-murid kelas tersebut ke makmal komputer dan saya pun ada untuk membantu rakan saya. Dia berdalih lagi dan cakap hari Jumaat. Hari Jumaat rakan saya membwanya ke perpustakaan dan pada masa tu guru media membuat program bersama murid kelas tersebut, maka tidak ada masa untuk rakan saya mencubitnya.

Apabila disoal lagi barulah murid tersebut mengaku bahawa kawan-kawannya telah mencubitnya kerana tidak suka murid ini. sebenarnya attitude murid ini bukanlah baik sangat. bahkan sangat teruk. budak ini sangat terkenal dengan sikap yang suka melawan dan tidak menghormati guru-guru. kawan-kawannya pun tidak suka murid ini kerana suka menganggu orang lain.

Apabila terbukti yang rakan saya ni tidak bersalah maka pihak sekolah telah meminta ibu bapa murid tersebut hadir ke sekolah. Rakan saya ini berpesan kepada pihak pentadbir sekolah supaya ketemukan ibu bapa murid ini dengan rakan saya tetapi pihak pentadbir tidak berbuat demikian maka ini membuatkan rakan saya agak terkilan. Ibu bapa murid tersebut hanyalah sampaikan salam dan minta maaf pada sekolah sahaja bukan pada rakan saya. ibu bapa ini juga berpesan supaya tidak panjangkan kes ini.



bagusnya ibu bapa murid ini bercakap. Dia ingat cikgu ni apa? Orang gaji dia? Mereka cakap jangan panjangkan kes ni tapi dia tidak sedar ke cara dia untuk terus melaporkan kepada polis boleh membuatkan kes ini semakin besar tapi bila didapati anaknya salah terus pesan jangan panjangkan kes ni. Bagi saya la, saya akan saman ibu bapa murid ni kerana telah menjatuhkan air muka guru dan memalukan guru tersebut. Saya sangat menyokong rakan saya kalau dia nak kemukan saman malu kepada ibu bapa murid tersebut. ini sebagai pengajaran kepada semua ibu bapa. apa-apa yang berlaku jangan salahkan guru semata-mata. mereka juga kenalah bermuhasabah diri mereka.

Itulah cabaran menjadi guru pada masa kini. di mata masyarakat guru sudah tidak patut dihormati hanya kerana kesalahan segelintir guru. tidak pernah ke mereka berfikir, jika mereka tidak hormat kepada orang yang memberi ilmu kepada anak-anak mereka, bagaimana anak-anak mereka nak maju dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah sedar bahawa guru adalah sangat penting dalam kehidupan anak-anak. Kalau mereka guru-guru tidak layak dan tidak boleh hormat guru-guru maka jalan terbaik ialah ibu bapa itu sendiri mengajar anak-anak mereka maka fenomena untuk menyalahkan guru akan berakhir dan guru-guru hanya dipertanggungjawabkan untuk mengajar anak-anak yang ibu bapanya mahu melihat kejayaan anaknya di dunia dan di akhirat.
Renung-renungkanlah salah satu sajak Usman Awang yang bertajuk:



Guru O Guru



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979





Tuesday, April 12, 2011

minggu yang hot!!!

tajuk yang sangat hot.
huhu... semenjak dua menjak ni xtau r knp la asyik hot je. ape mksd hot? adakah kegersangan, panas or marah? huhu...
byk kejadian yang buat aku hot. aku akan citerkan rentetan perkara2 yang membuatkan aku hot dan lagi panas.



kes 1:
kantin yang service sangat 'baik'.
mak aji, makanan x de ke? x de r cikgu. x sempat masak. pergh!!! berdesing telinga dengar. aku rasa nak cakap je. x sempat nak masak lain kali jgn amik tender kantin ni. bagi kat org len. dh 8 tahun dh. klu service baik cam hotel x pe r nak continue tender ni. ni service cam haram. ingt cikgu g makan kat kantin tu free ke? kami bayar tau. mmg org kantin tu nak kena di aku. sabar2 lagi.



kes 2:
makcik yang x sedar diri.
aku tau r ko tu dh nak jadi janda. jangan r tuduh aku suka dan nak kawen ngn perempuan tua. cam celaka mulut makcik tu. aku pernah r gurau ngn member2 aku yang suruh aku amik anak dara tua, aku cakap klu dorg ade mercedes or BMW dan rumah besar aku sanggup kahwin then harta dia sume aku tukar atas nama aku so bila dia mati harta tu semua dapat kat aku. haha... tp masalahnya makcik ni makcik ni ingat aku serius. dia hebohkan kat member2 aku aku nak kawen ngan perempuan tua. buat aku marah seyh... nsb bek ade yg report kat aku. klu aku ade kat situ blh aku anggap dia gurau tp bla aku x de kat tmpat tu bermakna dia mengumpat tntang aku. ntah2 dia nak aku kawen ngn dia sbb dia pn tua n dh janda kut. sape nak ngn perempuan buruk perangai cam dia tu. anak pn cam haram. tegur orang pandai tp anak sndiri cam sial. makcik, sedarlah diri makcik tu. jangan busuk ati sangat. relax2 sudah.



kes 3:
ibu bapa dan driver van yang x sedar dek untung.
kejadian ni berlaku smalam. ade member aku terlupa waktu balik. biasa r dh excited mengajar so terlupa yang kelas lain dh blk. datang la beberapa ekor beruk yang bertopengkan manusia marah2 kat kami. ade seekor mak beruk tu boleh cakap "semua cikgu dah balik, anak murid x blk lg". bodohnye la beruk tu. kami x naik kete lagi. bru turun dari bilik guru nak g kat kete. x blk lg. kat luar pagar masih ramai beruk2 yang sedang megamuk antaranya pakcik van yang bodoh. kami tungu budak sampai lewat balik x prnh kami serang mak bapak budak n driver van. tapi bila cikgu wat turun lambat ckit budak mengamuk cam x pernah dapat betina dan jantan. mmg celaka. klu budak tu lambat blk kami sanggup tunggu dan kadang kala kami yang hantar ke rumah.


tu sume dugaan bila kita digelar pendidik. bila budak masalah cikgu yang salah. bila budak baik ibu bapa yang betul. bila cikgu yang silap, semua salah cikgu. cikgu ni macam penjaga beruk. beruk2 tu sume betul. semua cikgu salah. nak wat cmner. sabar ek. insyAllah. Allah Maha Melihat. tapi aku sangat kesal dengan sikap ibu bapa yang langsung x hormat cikgu yang mengajar anak dia. macamana murid nak hormat cikgu jika ibu bapa mereka langsung x hormat cikgu yang mengajar anak dia. tp besa ibu bapa cmni bukannya manusia yang educated tp manusia2 yang bodoh.