Sunday, September 25, 2011

Sebulan beraya

Alhamdulillah, akhirnya dah nak hbs sebulan Syawal. aku pn alhamdulillah dh selesai menunaikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. sebelum ni pun kita mestilah selalu mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana memberi kita peluang untuk berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. semoga Ramadhan yang meninggalkan kita memberi kita seribu kali rahmat dan keampunan dari Allah SWT kerana tahun depan belum tentu kita akan bertemu lagi bulan Ramadhan.

Entry S.K hari ni nak citer tntang Hari Raya. Rasanya belum terlambat klu SK nak ucapkan selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada sume rakan2 yg sudi menjengah ke blog SK ni. menjadi kebiasaan di Johor apabila raya kita akan raya selama sebulan. setiap mingu pasti ade undangan rumah terbuka/open house. alhmdulillah semoga kita mendapat kesejahteraan dengan menderma dan memberi makan kepada orang. aku sangat seronok g undangan open house ni dan insyAllah klu org jemput aku akan pergi. masa tu macam2 makanan ada dah boleh kata cam pesta makanan dan pernah kawan aku cakap bulan syawal ialah pesta makanan.

SK pun alhmdulillah sempat mengadakan rumah terbuka untuk mmber2 opis dan kawan2 maktab. seronok sangat apabila dapat wat makan2 kepada kwn2. patut la org suka wat rumah terbuka kerana kita akan merasa seronok pabila dapat menjamu rakan2 dengan makanan2.

Suasana ini berbeza di negeri kelahiran aku kerana kebiasaannya di sana habis je seminggu beraya dah kira habis r sambutan hari raya. x de la pulak open house pada hari lain. kebiasaanya habis je cuti sekolah sempena hari raya habis la suasana hari raya. itulah perbezaan yang sangat ketara.

walau cammana pn sambutannya, yang penting ialah kita kena sentiasa bersyukur bahawa hari raya sebagai kemenangan kepada diri kita yang dapat melawan hawa nafsu dan ujian sepanjang sebulan berpuasa.

akhir kata Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Tuesday, June 14, 2011

berakhirnye hidup seorang nenek kepada cucunya


Pada 11 Jun 2011 yg lalu, nenda ku yg tersayang Hajjah Ngah Bt Mat Hassan telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8.24 pagi di Hospital Dungun. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir disamping anak-anak dan cucu-cucu beliau. Setelah selesai jenazah dimandikan dan dikapankan Allahyarhamah di bawa menaiki van jenazah ke Chendering, Kuala Terengganu. Beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chendering, Kuala Terengganu selepas zohor. Semoga roh Allayarhamah dicucuri rahmat dan dirahmati serta ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Amin...

Bagi aku, pemergian Allahayarhamah adalah satu kehilangan besar bagi aku dan keluarga kerana selama 25 tahun aku hidup, aku sangat sayangkan beliau. Jasa dan pengorbanan beliau menjaga dan memelihara aku sebagai cucunya tidak mungkin dapat aku balas. setiap kali aku sendirian, aku akan berfikir bahwa aku sudah kehilangan seorang nenek yang selama ini sangat aku sayang. Walaupun begitu, aku redha dengan ketentuan Illahi kerana Allah lebih sayangkan beliau.

Aku juga berasa bertuah kerana Allah memberi peluang untuk aku dan keluarga untuk menjaganya walaupun sekejap cuma sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Aku sempat membawa beliau ke rumahku dan menjaga beliau sehinggalah beliau tidak sedarkan diri dan akhirnya beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Siapa yang tidak merasa sedih jika kehilangan orang yang tersayang tetapi Suatu Kehidupan mesti meneruskan kehidupan ini sehingga tiba titik noktah untuk aku. Hanya Allah yang tau bilakah masa aku akan pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

semoga aku dan keluarga tabah menghadapi ujian ini dan sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Al-fatihah...

Tuesday, May 24, 2011

Penari Zapin dah tiba



Dulu masa aku 1st posting kat Johor aku dah menyimpan cita-cita untuk belajar tentang tarian zapin then aku x pasti bila peluang tu akan datang. bln 4 ari tu, sorg member aku tnya aku nak join tak persembahan zapin untuk hari guru peringkat negeri. aku cakap no hal la so aku leh belajar. aku terima je. kemudian aku tunggu gak r bla latihan tu akan dibuat so pada awal bulan 5 ari tu dorg panggil untuk wat latihan di Studio di Bandar Putra. That's 1st time aku menari dan 1st time aku menari zapin. dh sure aku ni keras badan x leh nak lentur. belajar la zapin tu selama 2 mingu. aku begitu berdedikasi belajar zapin sebab aku nak wat yang terbaik masa hari persembahan nanti. 2 minggu ulang alik ke Bandar Putra untuk latihan Zapin. Seronok sangat masa latihan sbb member2 yg follow latihan sume jenis yg kecoh so byk gelak je.

pada 19 Mei 2011 di situ la terjadinya persembahan zapin di hadapan 1000 lebih jemputan dan di hadapan Menteri Besar Johor. cuak seyh tapi kami berdoa apa yang terbaik untuk. dalam pukul 9 lebih kami mulakan persembahan. alhamdulillah walaupun ada jugak kesilapan tetapi semua tu dapat diatasi. akhirnya impian aku untuk belajar zapin tercapai dan aku telah menjadi penari Zapin. hahaha....



Thursday, April 21, 2011

Jangan selalu salahkan guru







Kisah ini berlaku untuk dijadikan pengajaran kepada ibu bapa dan masyarakat diluar sana. Ada satu kisah berlaku pada minggu ini. Kalau semua pendidik menghayati kisah ini pasti mereka akan tersentuh. Ceritanya bermula begini.

Hari Isnin yang lalu saya mendapat satu sms dari rakan saya menyatakan bahawa ibu bapa seorang muridnya telah membuat laporan kepada polis tentang kes kononnya anaknya dicubit oleh rakan saya ni. pada masa tu saya agak terkejut kerana pada minggu lepas rakan saya itu agak sibuk untuk menguruskan kerja-kerja beliau. kes itu agak kecoh di pejabat. apabila kejadian ini berlaku maka guru telah dipersalahkan. pada hari Isnin itu juga pihak sekolah telah membuat siasatan bagaimana kes ini boleh berlaku. Apabila disoal siasat murid tersebut dia mula mereka cerita. Murid tersebut cakap rakan saya mencubitnya pada hari Khamis tapi kebetulan pada hari Khamis tu rakan saya mengambil cuti sakit. Murid tu mula berdalih lagi, dia cakap hari Rabu. Sebenarnya pada hari Rabu rakan saya telah membawa murid-murid kelas tersebut ke makmal komputer dan saya pun ada untuk membantu rakan saya. Dia berdalih lagi dan cakap hari Jumaat. Hari Jumaat rakan saya membwanya ke perpustakaan dan pada masa tu guru media membuat program bersama murid kelas tersebut, maka tidak ada masa untuk rakan saya mencubitnya.

Apabila disoal lagi barulah murid tersebut mengaku bahawa kawan-kawannya telah mencubitnya kerana tidak suka murid ini. sebenarnya attitude murid ini bukanlah baik sangat. bahkan sangat teruk. budak ini sangat terkenal dengan sikap yang suka melawan dan tidak menghormati guru-guru. kawan-kawannya pun tidak suka murid ini kerana suka menganggu orang lain.

Apabila terbukti yang rakan saya ni tidak bersalah maka pihak sekolah telah meminta ibu bapa murid tersebut hadir ke sekolah. Rakan saya ini berpesan kepada pihak pentadbir sekolah supaya ketemukan ibu bapa murid ini dengan rakan saya tetapi pihak pentadbir tidak berbuat demikian maka ini membuatkan rakan saya agak terkilan. Ibu bapa murid tersebut hanyalah sampaikan salam dan minta maaf pada sekolah sahaja bukan pada rakan saya. ibu bapa ini juga berpesan supaya tidak panjangkan kes ini.



bagusnya ibu bapa murid ini bercakap. Dia ingat cikgu ni apa? Orang gaji dia? Mereka cakap jangan panjangkan kes ni tapi dia tidak sedar ke cara dia untuk terus melaporkan kepada polis boleh membuatkan kes ini semakin besar tapi bila didapati anaknya salah terus pesan jangan panjangkan kes ni. Bagi saya la, saya akan saman ibu bapa murid ni kerana telah menjatuhkan air muka guru dan memalukan guru tersebut. Saya sangat menyokong rakan saya kalau dia nak kemukan saman malu kepada ibu bapa murid tersebut. ini sebagai pengajaran kepada semua ibu bapa. apa-apa yang berlaku jangan salahkan guru semata-mata. mereka juga kenalah bermuhasabah diri mereka.

Itulah cabaran menjadi guru pada masa kini. di mata masyarakat guru sudah tidak patut dihormati hanya kerana kesalahan segelintir guru. tidak pernah ke mereka berfikir, jika mereka tidak hormat kepada orang yang memberi ilmu kepada anak-anak mereka, bagaimana anak-anak mereka nak maju dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah sedar bahawa guru adalah sangat penting dalam kehidupan anak-anak. Kalau mereka guru-guru tidak layak dan tidak boleh hormat guru-guru maka jalan terbaik ialah ibu bapa itu sendiri mengajar anak-anak mereka maka fenomena untuk menyalahkan guru akan berakhir dan guru-guru hanya dipertanggungjawabkan untuk mengajar anak-anak yang ibu bapanya mahu melihat kejayaan anaknya di dunia dan di akhirat.
Renung-renungkanlah salah satu sajak Usman Awang yang bertajuk:



Guru O Guru



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979





Tuesday, April 12, 2011

minggu yang hot!!!

tajuk yang sangat hot.
huhu... semenjak dua menjak ni xtau r knp la asyik hot je. ape mksd hot? adakah kegersangan, panas or marah? huhu...
byk kejadian yang buat aku hot. aku akan citerkan rentetan perkara2 yang membuatkan aku hot dan lagi panas.



kes 1:
kantin yang service sangat 'baik'.
mak aji, makanan x de ke? x de r cikgu. x sempat masak. pergh!!! berdesing telinga dengar. aku rasa nak cakap je. x sempat nak masak lain kali jgn amik tender kantin ni. bagi kat org len. dh 8 tahun dh. klu service baik cam hotel x pe r nak continue tender ni. ni service cam haram. ingt cikgu g makan kat kantin tu free ke? kami bayar tau. mmg org kantin tu nak kena di aku. sabar2 lagi.



kes 2:
makcik yang x sedar diri.
aku tau r ko tu dh nak jadi janda. jangan r tuduh aku suka dan nak kawen ngn perempuan tua. cam celaka mulut makcik tu. aku pernah r gurau ngn member2 aku yang suruh aku amik anak dara tua, aku cakap klu dorg ade mercedes or BMW dan rumah besar aku sanggup kahwin then harta dia sume aku tukar atas nama aku so bila dia mati harta tu semua dapat kat aku. haha... tp masalahnya makcik ni makcik ni ingat aku serius. dia hebohkan kat member2 aku aku nak kawen ngan perempuan tua. buat aku marah seyh... nsb bek ade yg report kat aku. klu aku ade kat situ blh aku anggap dia gurau tp bla aku x de kat tmpat tu bermakna dia mengumpat tntang aku. ntah2 dia nak aku kawen ngn dia sbb dia pn tua n dh janda kut. sape nak ngn perempuan buruk perangai cam dia tu. anak pn cam haram. tegur orang pandai tp anak sndiri cam sial. makcik, sedarlah diri makcik tu. jangan busuk ati sangat. relax2 sudah.



kes 3:
ibu bapa dan driver van yang x sedar dek untung.
kejadian ni berlaku smalam. ade member aku terlupa waktu balik. biasa r dh excited mengajar so terlupa yang kelas lain dh blk. datang la beberapa ekor beruk yang bertopengkan manusia marah2 kat kami. ade seekor mak beruk tu boleh cakap "semua cikgu dah balik, anak murid x blk lg". bodohnye la beruk tu. kami x naik kete lagi. bru turun dari bilik guru nak g kat kete. x blk lg. kat luar pagar masih ramai beruk2 yang sedang megamuk antaranya pakcik van yang bodoh. kami tungu budak sampai lewat balik x prnh kami serang mak bapak budak n driver van. tapi bila cikgu wat turun lambat ckit budak mengamuk cam x pernah dapat betina dan jantan. mmg celaka. klu budak tu lambat blk kami sanggup tunggu dan kadang kala kami yang hantar ke rumah.


tu sume dugaan bila kita digelar pendidik. bila budak masalah cikgu yang salah. bila budak baik ibu bapa yang betul. bila cikgu yang silap, semua salah cikgu. cikgu ni macam penjaga beruk. beruk2 tu sume betul. semua cikgu salah. nak wat cmner. sabar ek. insyAllah. Allah Maha Melihat. tapi aku sangat kesal dengan sikap ibu bapa yang langsung x hormat cikgu yang mengajar anak dia. macamana murid nak hormat cikgu jika ibu bapa mereka langsung x hormat cikgu yang mengajar anak dia. tp besa ibu bapa cmni bukannya manusia yang educated tp manusia2 yang bodoh.

Sunday, March 6, 2011

Kejohanan Sukan MSSD Kulaijaya 2011 kali ke-29





Pada 1 - 4 March yg lepas, aku telah terlibat dalam satu kejohanan MSSD Kulaijaya 2011 kali ke-29 yang berlangsung di Stadium Kulaijaya. aku telah dilantik menjadi pegawai untuk kejohanan tersebut. Tugas aku ialah menjaga masa. itu adalah pengalaman pertama aku menjaga masa. sblm ni aku pernah menjadi pegawai untuk empayar lorong dan pegawai acara lompat jauh.

seronok bai klu jadi pegawai ni tp yg lebih menyeronokkan bla geng2 yg jaga masa ni sume sempoi2. kecoh banget lo. x henti2 ade je perencah aji no moto utk wat sedapkan satu2 citer tu. air pancut kuar pn kami yang jaga masa biar org len terutama hakim balapan standby. byk jgk la eksiden kna pancut di air yang terjadi. itu semua kenangan smasa menjaga masa.

untuk johan masa MSSD peringkat sekolah rendah, zon aku or Zon Utara menjadi johan keseluruhan, untuk kategori sekolah menengah aku x sure sbb aku cabut awal. haha...

InsyAllah, len kli klu ade kesempatan aku nak rebut peluang utk menjadi pegawai kerana guru yang paling baik ialah pengalaman dan pengalaman itu memberi kita satu pengajaran dan mematangkan lagi kehidupan ini. tnpa pengalaman kita mgkn ssh untuk membuat sesuatu perkara.

Accident!!!





Pada suatu hari, burung2 berkicauan menyanyi. sedang aku menunggang motosikal untuk pulang ke rumah sampai di satu simpang aku terus memberhentikan motorku dgn segara kerana 1 kemalangan telah berlaku di simpang itu. aku terus berlari ke arah kereta yang kemalangan itu. kereta itu agak teruk tetapi bagaimana dengan keadaan orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

sebenarnya, orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah cikgu kat sekolah aku. seorang perempuan india telah melanggarnya kerana perempuan india yang menaiki motosikal itu tidak berhenti di simpang. itulah padahnya klu bawa motor or kereta tp x nak berhenti kat simpang. x pasti keadaan penunggang motor tersebut. ntah idup, ntah mati. tp tgk pada keadaan kereta tu agak teruk gak r. sabar je la.

apa yang aku perhatikan, pemandu-pemandu or pengguna jalan raya di Johor ni agak kurang sopan bila berada di atas jalan raya. suka ati mak bapak dorg je nak jalan ke, x nak berhenti kat simpang, x nak ikut aturan bulatan. asal blh lepas, jalan je. jalan ke kubur trs baru tau. berbanding di negeri2 lain, menurut pemerhatian saya mereka lebih sopan dan menghormati pengguna yang lain seperti di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. walaupn mereka berada di bandar besar tp sikap menghormati dan bertimbang rasa sangat blh dipuji. aku seronok memandu kereta di sana sbb mereka bersopan apabila berada di atas jalan raya. berbeza dengan keadaan di Johor.

antara penyebab peningkatan kemalangan jalan raya adalah kerana sikap pemandu itu sndiri.

sekian, berita dari Suatu Kehidupan

1st time g karaoke



hehe... cam kelakar je aku g karaoke. suara aku mmg x sedap, aku sedar tp dh org ajak aku g karaoke, aku join je r. skli skala menghiburkn ati yg suka2. hehe...

aku g karaoke kat Big box kat Kota Tinggi. tmpatnye agak bagus r tp org ckp blk dia kecik. ak x tau sgt besar or kecik sbb aku 1st time g karaoke. lps cuti nnti aku yg kena handle 1 pertandingan karaoke kat tmpat aku.

sape yg berminat blh contatc aku. terbuka kpada murid2 SKTKK shja. hehe... org len just nonton aja k. hehe..

gmbr2 aku g karaoke. syok beb...

Wednesday, February 23, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah






Sambuatan Maulidur Rasul diadakan adalah bertujuan untuk memperingati ulangtahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan Maulidur Rasul ini tidak ada di zaman Rasulullah dahulu jadi sesetengah pendapat mengatakan bahawa sambutan ini dianggap bida'ah. Bida'ah terbahagi kepada dua iaitu bida'ah hasanah dan bida'ah Saiiah.

bagi pendapat aku, untuk sambutan Maulidur Rasul ini sangat baik kerana memberi peluang dan pada masa ini la kita dapat mengingati perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang seorang kekasih Allah kepada umatnya sehingga baginda hendak menghembuskan nafas yang terakhir, baginda masih menyebut ummati (umatku). betapa besarnya kasih sayang kekasih Allah kepada kita sebagai umatnya.

Dikesempatan sambutan ini lah kita mengingati beliau dengan berselawat banyak-banyak ke atas baginda kerana Firman Allah yang bermaksud "Barangsiapa berselawat ke atas nabi dengan 1 selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali selawat" Subhanallah...

Kami mengambil kesempatan ini sempena sambutan Maulidur Rasul kami telah menyambutnya diperingkat sekolah. Kami buat rewang, memasak bersama-sama jadi semua ini akan mengukuhkan lagi silaturahim antara kami rakan sekerja dan warga sekolah. Sambutan Maulidur Rasul dimulai dengan perarakan mengelilingi taman perumahan sekitar sambil berselawat.

Aku rasa bersyukur kerana semua berjalan lancar walaupun penat 1 malam buat rewang dan aku tido. hahaha...

Monday, February 14, 2011

sentuhan kalbu

kita biasa dengar tentang sentuhan kalbu yang biasanya dibuat semasa program motivasi. tujuan program ni diadakan untuk memberi kesedaran kepada peserta yang menyertai sesuatu program tersebut. program ini biasanya menggunakan alunan muzik yang mengasyikkan dan menusuk hati pendengar serta kata-kata dan ayat-ayat yang berkaitan dengan apa yang hendak peserta tu rasa di dalam hati.

bagi aku lak aku suka sangat program ni sebab ada adegan nangis2. best lak wat org nangis. Hari ni aku berkesempatan untuk melaksanakan program sentuhan kalbu untuk anak2 aku. aku pn sebenarnya x sure jgk klu benda ni blh wat x utk anak2 aku. faham2 je r. anak2 aku tu di barisan belakang skli jadi tahap pemikiran diorang x de r cam budak2 di barisan hadapan tapi aku mencuba.

betul la org kata, bila bercakap tentang ibu bapa ramai org akn tersentuh. tidak kira apa juga bangsa, agama dan keturunan semua nya akan menangis bila kita bercakap tentang pergorbanan ibu bapa. sma la jgk ngan anak2 aku. antara mereka ade yang india tapi alhamdulillah, mereka faham tentang pengorbanan ibu bapa mereka. ramai yang menangis dan ade gak yang x menangis. aku x leh paksa mereka untuk menangis.

tapi sebenarnya setiap apa yang aku lakukan adalah untuk memberi kesedaran kepada anak2 aku bahawa bila mereka ingat pengorbanan ibu bapa maka mereka boleh berubah menjadi anak yang mendengar kata dan belajar bersungguh2. insyAllah....

Friday, February 11, 2011

Larian Perdana Mahkota 2011


Larian Perdana Mahkota Johor 2011 telah diadakan pada hari Sabtu, 12 Febuari 2011. Larian ini diadakan serentak di setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Johor. Peserta terdiri daripada murid-murid dan guru-guru serta ibu bapa dari seluruh negeri Johor. Tujuan larian ini salah satunya untuk memperkenalkan kepada murid tentang program 1 murid 1 sukan.

Di Kulai banyak sekolah yang buat dan pada pukul 8 lebih ramai la budak2 sekolah yg berlari tidak kira sekolah rendah atau menengah. tapi yg aku paling seronok tengok bdk2 darjah 1 berlari. cute bangat... geram aku tenok. hehe...

tapi yang plg syok lagi rumah kuning masih mengungguli markah keseluruhan terbanyak. bagus sungguh budak2 ni. keep it up....

sebagai ketua sesi petang rumah kuning, saya rasa berbangga dengan anda sume dan teruskn usaha untuk acara sukan tahunan sekolah supaya rumah kuning akan tetap jadi juara lagi untuk tahun ni.

insyAllah....
L


Wednesday, February 9, 2011

sebuah impian



Impian adalah sesuatu perkara yg kita impikan berlaku. setiap manusia ade impian dan harapan kerana dengan impian dan harapanlah manusia dapat meneruskan kehidupan dengan bersemangat seperti pengidap kanser, ubat yang dpt mengurangkan kesakitan adalah impian dan harapan mereka kepada kehidupan mereka. apa yang kita impikan itu mestilah sesuai dengan kebolehan dan kemampuan kita kerana impian ini akan menjadi cita-cita tetapi impian yang sangat tinggi dan diluar kemampuan kita ianya akan menjadi angan-angan sahaja. Aku juga mempunyai impian dalam suatu kehidupan ini. ada impian yang telah tercapai dan masih banyak lagi impian yang masih belum tercapai.

Impian aku ialah hendak memandu kereta yang dikategorikan sebagai kereta mewah kerana hobi aku ialah memandu kereta. Impian itu akan sukar dicapai kerana aku bukanlah dikalangan keluarga yang kaya jadi impian itu mungkin menjadi angan-angan sahaja. walaupun begitu aku cuba mencari jalan bagaimana untuk membuatkan impian aku tercapai. Pada tahun 2010, aku rasakan bagai mimpi kerana apa yang aku impikan akan tercapai. Aku pergi ke sebuah kedai yang menjual kereta mewah di Johor Bahru dan di sana aku dapat rasa cmne duduk dalam sebuah kereta mewah seperti Mercedes, BMW dan lain2 lagi.

Sebenarnya pada masa tu ayah aku dah order 1 kereta mercedes C200 Compressor Sport Edition. betapa bersyukurnya aku kerana akhirnya impian aku tercapai dan alhamdulillah memang seronok memandu sebuah kereta yang dikategorikan sebagai kereta mewah...



Thank you Allah... Allahuakbar....

Pertandingan Ping Pong Peringkat Daerah Kulaijaya

selama seminggu melatih budak2 main ping pong, ari ni aku dpt hntr dorg ke pertandingan tersebut.
menang atau kalah bukanlah perkara utama, yg aku nak dari budak2 aku ialah mereka dapat 1 pengalaman dan blaja untuk yakinkn diri mereka bahwa mereka pn blh lakukan.

keputusannya kami kalah. hahaha..
aku x kesah budak2 aku kalah sbb aku tau kemampuan mereka lagipun kami org bru. tungu r thn dpn or 2 thn lg, kami adalah bakal juara.
well done my boys & girls.

akhirnya....

dh lame aku nak wat blog then dis is my 1st time aku blaja wat 1 blog. hopefully dlm blog ni byk yg aku blh wat dan mengenali suatu kehidupan yang msh belum pasti bilakah kesudahannya...