berakhirnye hidup seorang nenek kepada cucunya


Pada 11 Jun 2011 yg lalu, nenda ku yg tersayang Hajjah Ngah Bt Mat Hassan telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8.24 pagi di Hospital Dungun. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir disamping anak-anak dan cucu-cucu beliau. Setelah selesai jenazah dimandikan dan dikapankan Allahyarhamah di bawa menaiki van jenazah ke Chendering, Kuala Terengganu. Beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chendering, Kuala Terengganu selepas zohor. Semoga roh Allayarhamah dicucuri rahmat dan dirahmati serta ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Amin...

Bagi aku, pemergian Allahayarhamah adalah satu kehilangan besar bagi aku dan keluarga kerana selama 25 tahun aku hidup, aku sangat sayangkan beliau. Jasa dan pengorbanan beliau menjaga dan memelihara aku sebagai cucunya tidak mungkin dapat aku balas. setiap kali aku sendirian, aku akan berfikir bahwa aku sudah kehilangan seorang nenek yang selama ini sangat aku sayang. Walaupun begitu, aku redha dengan ketentuan Illahi kerana Allah lebih sayangkan beliau.

Aku juga berasa bertuah kerana Allah memberi peluang untuk aku dan keluarga untuk menjaganya walaupun sekejap cuma sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Aku sempat membawa beliau ke rumahku dan menjaga beliau sehinggalah beliau tidak sedarkan diri dan akhirnya beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Siapa yang tidak merasa sedih jika kehilangan orang yang tersayang tetapi Suatu Kehidupan mesti meneruskan kehidupan ini sehingga tiba titik noktah untuk aku. Hanya Allah yang tau bilakah masa aku akan pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

semoga aku dan keluarga tabah menghadapi ujian ini dan sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Al-fatihah...

Comments

Popular Posts