sentuhan kalbu

kita biasa dengar tentang sentuhan kalbu yang biasanya dibuat semasa program motivasi. tujuan program ni diadakan untuk memberi kesedaran kepada peserta yang menyertai sesuatu program tersebut. program ini biasanya menggunakan alunan muzik yang mengasyikkan dan menusuk hati pendengar serta kata-kata dan ayat-ayat yang berkaitan dengan apa yang hendak peserta tu rasa di dalam hati.

bagi aku lak aku suka sangat program ni sebab ada adegan nangis2. best lak wat org nangis. Hari ni aku berkesempatan untuk melaksanakan program sentuhan kalbu untuk anak2 aku. aku pn sebenarnya x sure jgk klu benda ni blh wat x utk anak2 aku. faham2 je r. anak2 aku tu di barisan belakang skli jadi tahap pemikiran diorang x de r cam budak2 di barisan hadapan tapi aku mencuba.

betul la org kata, bila bercakap tentang ibu bapa ramai org akn tersentuh. tidak kira apa juga bangsa, agama dan keturunan semua nya akan menangis bila kita bercakap tentang pergorbanan ibu bapa. sma la jgk ngan anak2 aku. antara mereka ade yang india tapi alhamdulillah, mereka faham tentang pengorbanan ibu bapa mereka. ramai yang menangis dan ade gak yang x menangis. aku x leh paksa mereka untuk menangis.

tapi sebenarnya setiap apa yang aku lakukan adalah untuk memberi kesedaran kepada anak2 aku bahawa bila mereka ingat pengorbanan ibu bapa maka mereka boleh berubah menjadi anak yang mendengar kata dan belajar bersungguh2. insyAllah....

Comments

Popular Posts