sebuah impian



Impian adalah sesuatu perkara yg kita impikan berlaku. setiap manusia ade impian dan harapan kerana dengan impian dan harapanlah manusia dapat meneruskan kehidupan dengan bersemangat seperti pengidap kanser, ubat yang dpt mengurangkan kesakitan adalah impian dan harapan mereka kepada kehidupan mereka. apa yang kita impikan itu mestilah sesuai dengan kebolehan dan kemampuan kita kerana impian ini akan menjadi cita-cita tetapi impian yang sangat tinggi dan diluar kemampuan kita ianya akan menjadi angan-angan sahaja. Aku juga mempunyai impian dalam suatu kehidupan ini. ada impian yang telah tercapai dan masih banyak lagi impian yang masih belum tercapai.

Impian aku ialah hendak memandu kereta yang dikategorikan sebagai kereta mewah kerana hobi aku ialah memandu kereta. Impian itu akan sukar dicapai kerana aku bukanlah dikalangan keluarga yang kaya jadi impian itu mungkin menjadi angan-angan sahaja. walaupun begitu aku cuba mencari jalan bagaimana untuk membuatkan impian aku tercapai. Pada tahun 2010, aku rasakan bagai mimpi kerana apa yang aku impikan akan tercapai. Aku pergi ke sebuah kedai yang menjual kereta mewah di Johor Bahru dan di sana aku dapat rasa cmne duduk dalam sebuah kereta mewah seperti Mercedes, BMW dan lain2 lagi.

Sebenarnya pada masa tu ayah aku dah order 1 kereta mercedes C200 Compressor Sport Edition. betapa bersyukurnya aku kerana akhirnya impian aku tercapai dan alhamdulillah memang seronok memandu sebuah kereta yang dikategorikan sebagai kereta mewah...



Thank you Allah... Allahuakbar....

Comments

Popular Posts