Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah






Sambuatan Maulidur Rasul diadakan adalah bertujuan untuk memperingati ulangtahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan Maulidur Rasul ini tidak ada di zaman Rasulullah dahulu jadi sesetengah pendapat mengatakan bahawa sambutan ini dianggap bida'ah. Bida'ah terbahagi kepada dua iaitu bida'ah hasanah dan bida'ah Saiiah.

bagi pendapat aku, untuk sambutan Maulidur Rasul ini sangat baik kerana memberi peluang dan pada masa ini la kita dapat mengingati perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang seorang kekasih Allah kepada umatnya sehingga baginda hendak menghembuskan nafas yang terakhir, baginda masih menyebut ummati (umatku). betapa besarnya kasih sayang kekasih Allah kepada kita sebagai umatnya.

Dikesempatan sambutan ini lah kita mengingati beliau dengan berselawat banyak-banyak ke atas baginda kerana Firman Allah yang bermaksud "Barangsiapa berselawat ke atas nabi dengan 1 selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali selawat" Subhanallah...

Kami mengambil kesempatan ini sempena sambutan Maulidur Rasul kami telah menyambutnya diperingkat sekolah. Kami buat rewang, memasak bersama-sama jadi semua ini akan mengukuhkan lagi silaturahim antara kami rakan sekerja dan warga sekolah. Sambutan Maulidur Rasul dimulai dengan perarakan mengelilingi taman perumahan sekitar sambil berselawat.

Aku rasa bersyukur kerana semua berjalan lancar walaupun penat 1 malam buat rewang dan aku tido. hahaha...

Comments

Popular Posts